Thursday, December 26, 2019

5 IDEA UNTUK RUANGAN KECIL TAMPIL KREATIF DAN CANTIK


Sering kali rumah yang mempunyai ruangan yang kecil dan sempit, pasti tidak akan memuaskan hati penghuni rumah tersebut. Memiliki rumah yang kecil dan sempit bukanlah satu alasan untuk kita biarkan tidak berhias dan cantik. Anda mampu membuat dekorasi secara ringkas dan sempurna, sesuai dengan ruangan yang kecil. Antara idea yang anda boleh ambil untuk ruangan yang kecil tampil kreatif dan cantik!


1. VINYL DI RUANGAN DAPUR



Ubahsuai lantai dapur anda menggunakan vinyl flooring. Anda boleh cuba konsep "mix & match" untuk ruangan tersebut. Gabungan 2 - 3 corak berbeza untuk impak lebih memukau. Vinyl flooring diperbuat dari 100% fresh PVC, kalis air dan anai-anai untuk lebih tahan lasak. Malah permukaan bertexture untuk cengkaman tapak kaki yang lebih kuat. 

2. TAMPAL VINYL ADHESIVE DAN VINYL TILES ADHESIVE DI DINDING UNTUK IMPAK MODEN DAN MEWAH



Untuk impak ruangan yang lebih moden dan mewah, anda boleh lekapkan vinyl adhesive atau vinyl tile adhesive di dinding dapur atau kabinet dapur atau mana-mana ruangan yang anda minat. Dengan serta merta ruangan anda akan nampak lebih kemas dan menarik


3. RUMPUT TIRUAN SUNTIK ELEMEN HIJAU



Ruangan anda akan tampil lebih nyaman dan mempersonakan dengan mendaparkan rumput tiruan untuk ruangan anda. Dengan bermaterial plastik, ianya selamat dan mudah untuk di selenggarakan dan senang dicuci serta tahan lama. Malah dengan backing yang tebal dan mempunyai lubang untuk air mengalir. Tiada masalah dengan air bertakung atau berbau hapak. Ruangan anda akan lebih mempersona dan sangat wow!


4. VINYL SEBAGAI FEATURE WALL

Mengapa tidak anda pasang vinyl di dinding? Dengan mengguanakan konsep susunan herringbone, anda boleh "mix & match" menggunakan 2-3 vinyl untuk impak lebih dramatik. Keistimewaan jika anda menggunakan vinyl sebagai feature wall adalah lebih tahan lasak dan tahan lama malah anda boleh cabut, dan pasang ke ruangan lain! Di dinding atau lantai, mengikut kemahuan dan style anda. Mudah dipasang, tahan lasak dan harga murah! Pilihan yang tepat untuk anda.



5.TIKAR GETAH MENAIKKAN AURA SERI RUMAH 

Siapa sangka hanya menggunakan tikar getah sahaja ruangan anda akan berubah 360° menjadi lebih glamour dan eksklusif hanya belanja serendah RM99/GULUNG? Tahan lasak, tahan lama dan susah koyak menjadikan tikar getah pilihan terbaik untuk ruangan budget kurang RM100. Malah datang dengan pelbagai warna dan corak untuk pilihan anda.




Wednesday, December 18, 2019

IDEA MENARIK MENGGUNAKAN RUMPUT TIRUAN

  • GANTI RUMPUT HIDUP DENGAN RUMPUT TIRUAN 

Anda boleh ganti rumput hidup di laman anda dengan rumput tiruan. Pilih ketebalan 20MM dan ke atas kerana kuantiti rumput lebih padat, backing lebih tebal & kuat. Tahan lasak & tahan lama, 0% kos penjagaan & senang dibersihkan. Anda tidak perlu bimbang tentang serangga perosak, rumput yang sentiasa mahu di potong atau cuaca tidak menentu. Damparkan sahaja rumput tiruan di laman anda.



  • HIASAN PELAMIN & HANTARAN
Bagi pemasangan pengantin yang mahu pelamin yang unik & harga jimat boleh gunakan ruamput tiruan sebagai pelapik pelamin atau props di photobooth. Malah rumput tiruan boleh digunakan sebagai pelapik dulang hantaran juga tau! Hantaran akan nampak lebih "fresh" & mempersonakan. Malah anda boleh guna kembali rumput tiruan, boleh damparkan di laman atau balkoni! Jimat bukan?



  • PENGHIAS DINDING

Rumput tiruan bukan sahaja boleh digunakan di lantai malah anda juga boleh gunakan rumput tiruan sebagai penghias dinding kediaman atau pejabat anda. Dinding akan lebih kemas, terurus & cantik. Menggunakan rumput tiruan lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu cat & dinding akan lebih tahan lama. Ayuh hiasi dinding anda dengan rumput tiruan


  • RUMPUT TIRUAN PENGANTI PERMAIDANI

Ramai pelanggan kami menggunakan rumput tiruan sebagai penganti permaidani. Rumput tiruan lebih tahan lasak, tahan lama dan senang dicuci berbanding permaidani. Malah jika anda memilih rumput tiruan 20MM dan ke atas anda akan dapat rumput tiruan lebih tebal & lembut. Selesa, cantik dan murah! Jom bertukar ke rumput tiruan


  • PENGHIASAN KEDAI ATAU KOISK
Rumput tiruan kini menjadi pilihan untuk penganjur event atau perniaga kiosk atau booth sebagai penghias ruangan mereka. Ruangan akan lebih kemas & pengunjung akan lebih selesa & terpesona dengan hiasan ruangan mereka. Malah tidak perlu riasau tentang kos penjagaan kerana rumput tiruan senang di jaga malah boleh digunakan berulang kali. Penjimatan berganda untuk anda.

Monday, December 2, 2019

Kesalahan yang sering dilakukan untuk dekorasi ruang tamu

•Pemilihan sofa yang salah 




Sebuah ruang tamu yang sempurna bermula dari pemilihan sofa yang tepat. Keselesaan sofa merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang tamu yang sempurna. Pilih sofa mengikut saiz ruangan supaya tidak terlalu besar atau kecil. Pilih warna dan material yang sesuai dan paling penting pilih sofa yang berkualiti tinggi kerana ia mampu memberi penjimatan untuk masa panjang.


•Manipulasi Corak 


Kesalahan yang kerap dilakukan ialah pencampuran terlalu banyak corak dan warna yang berbeza. Pemilihan corak yang pelbagai mampu membuat ruangan anda lebih sempit, tidak menenangkan dan serabut. Pilih satu atau dua corak sahaja dan disulami sengan warna-warna yang pastel.


•Susun Atur berterabur dan tidak kemas


Pastikan memilihan perabot yang tidak terlalu besar dan banyak kerana mampu membuat ruangan tampil lebih sempit, bercelaru dan tidak kemas. Pastikan perabot terutama sofa, kerusi atau almari rapat ke dinding untuk memastikan ruangan tampil lebar dan besar. Malah teknik ini mampu memberi penjimatan masa untuk mengemas.


•Menggantung hiasan lukisan dinding di kawasan yang salah


Pilih satu lukisan atau corak untuk setiap ruangan. Pastikan lukisan digantung tidak terlalu tiggi atau ke bawah. Letakan lukisan di aras mata. Jika ia diletakkan pada tempat yang salah, ia mampu menyakitkan mata merosakan ruangan anda.


•Karpet yang tidak bersesuaian


Sebelum memilih karpet, pastikan anda tahu siaz ruangan yang ingin dibentang. Pemilihan corak dan material juga penting untuk menyerlahkan lagi ruangan anda. Anda boleh pilih corak abstrak atau tradisional. Pilih karpet yang ditenun kerana lebih tahan lama dan tahan lasak.

Monday, November 25, 2019

IDEA IMPAK MENAWAN MENGGUNAKAN PERMAIDANI


Anda mesti suka permaidani dan rugs untuk diletakkan di ruang rumah anda? Di sini, admin ada berikan sedikit idea untuk pemilihan permaidani untuk berikan impak yang lebih kemas dan cantik untuk kediaman anda. Permaidani tidak hanya boleh letakkan di atas lantai sahaja tetapi ianya juga boleh diletakkan di bahagian dinding rumah mahupun dinding pejabat anda untuk lebih menawan.

  • PILIH WARNA DAN CORAK TERANG UNTUK IMPAK LEBIH LUAS 

Jika anda inginkan ruangan tampil luas dan memukau anda boleh pilih permaidani dengan warna terang atau pastel. Warna ini akan membuatkan ilusi luas dan lapang untuk ruangan anda.


  • PERMAIDANI LEMBUT ATAU SHAGGY UNTUK RUANGAN KANAK-KANAK


Jika anda mempunyai anak kecil anda boleh menggunakan permaidani atau shaggy untuk ruangan anda kerana bertexture halus dan tebal sesuai untuk kanak-kanak yang kecik atau baru belajar bertatih atau berjalan.


  • KOMBOKAN PERMAIDANI BERLAINAN CORAK ATAU SAMA UNTUK LEBIH KREATIF


Mengapa tidak kombokan permaidani berlainan corak dan warna untuk ruangan anda? Ruangan tampil lebih cantik dan kreatif untuk ruangan anda. Malah ruangan anda pasti lebih moden


  • PERMAIDANI PELBAGAI SAIZ UNTUK IMPAK RUANGAN MEMUKAU


Mengapa tidak damparkan permaidani berlainan corak, warna dan saiz untuk satu ruangan? Ruangan anda akan tampil fresh dan memukau dengan campuran texture dan warna dalam satu ruang


  • CORAK ABSTRACT UNTUK RUANGAN TAMPIL MODEN


Mahukan ruangan tampil moden? Damparkan permaidani bercorak abstract atau bergaris untuk kesan ruangan lebih mempersonakan. Corak atau gaya ini juga akan membuatkan ruangan lebih kemas dan luas


  • CORAK ARABIC, FLORA DAN  FAUNA UNTUK RUANGAN NAMPAK KLASIK


Untuk anda yang berjiwa klasik, anda boleh memilih permaidaini bercorak arabic, flora dan fauna untuk ruangan anda. Pemilihan permaidani ini sangat sesuai kerana dengan kombinasi ini ruangan anda akan lebih memukau.




Sunday, November 17, 2019

5 idea dapur nampak lebih kemas dan cantik

Dapur kecil bukan alasan untuk anda tidak jadikan ia menarik! Antara idea dekorasi untuk dapur nampak lebih kemas dan cantik. Banyak idea untuk jadikan dapur jadikan lebih menarik, yang penting kena kreatif!


• VINYL SEBAGAI PENGHIAS LANTAI


Mengunakan vinyl sebagai penghias lantai menjadikan lantai lebih kemas dan tersusun berbanding menggunakan tiles. Malah senang cuci, kalis air dan anai-anai malah permukaan bertexture untuk lebih cengakaman kaki, sesuai untuk kanak-kanak atau warga emas. Anda boleh menggunakan 1 corak atau lebih bergantung kepada kreativiti dan style ruangan anda.

• RUMPUT TIRUAN SUNTIK IMPAK SEGAR



Penggunaan rumput tiruan di lantai boleh menjadikan ruangan dapur lebih harmoni, nyaman dan selesa. Bermaterialkan 100% PVC anda tidak perlu risau tentang kos penjagaan. Kalis air dan senang dicuci rumput tiruan merupakan pilihan bijak untuk impak lebih memukau.

• VINYL TILES ADHESIVE SEBAGAI PELAPIK KABINET



Ruangan anda akan menjadi lebih moden dan mewah dengan menggunakan vinyl tiles adhesive sebagai pelapik dinding atau kabinet dapur. Bermaterialkan 100% PVC, senang dicuci dan dapat mengurangkan kadar merebak api terutama di dapur. Dapur lebih kemas dan cantik untuk ruangan anda.

• ALAS KAKI NON-SLIP



Keadaan dapur yang sentiasa berair menjadikan dapur kawasan yang berbahaya untuk kanak-kanak atau warga emas. Pemilihan alas kaki juga penting untuk ruangan ini. Untuk lebih selamat gunakan non-slip. Pelbagai warna, saiz dan corak untuk dipilih. Ruangan akan lebih kemas dan selamat untuk anda.

• WALLPAPER PELENGKAP GAYA



Wallpaper sesuai digunakan di dapur kerana ruangan tampil lebih kemas dan tersusun. Pelbagai gaya, corak dan warna boleh didapati untuk menyerlahkan lagi ruangan dapur anda. Untuk ruangan tampil besar dan tidak serabut, pilih wallpaper yang bercorak halus atau texture dan bukannya corak yang serabut. Pemilihan ini akan membuatkan dapur anda lebih luas.

Monday, November 11, 2019

5 kelebihan rumput tiruan

Apakah faedah rumput tiruan?


Peminat sukan sedar akan manfaat rumput tiruan yang disediakan di padang permainan. Tetapi itu bukan satu-satunya tempat rumput tiruan yang boleh digunakan sebaiknya. Rumput tiruan telah dipelbagaikan penggunaannya oleh penduduk yang berminat dengan landskap bagi menawarkan tarikan suasana dan ruang yang cantik kepada orang ramai.

Mari kita lihat dengan lebih dekat beberapa manfaat rumput tiruan dan bagaimana ia boleh memberi kesan landskap anda. Jika anda tergesa-gesa, lihatlah gambaran ringkas ini …

Apakah faedah rumput tiruan?
Rumput tiruan tidak memerlukan air untuk penjagaanya
Halaman rumah anda akan sentiasa kekal cantik tanpa perlu penjagaan yang kerap
Tidak memerlukan baja, racun perosak dan air
Boleh mengurangkan masa untuk merapikan rumput
Tidak memerlukan peruntukan kos perbelanjaan bulanan
Warna rumput dapat dikekalkan untuk tempoh masa yang lama

Mari kita lihat lebih dekat pada beberapa butiran.


Tidak seperti rumput semulajadi, rumput tiruan tidak memerlukan penyelenggaraan bagi mengekalkan penampilan hijau yang cantik. Rumput tiruan tidak memerlukan penjagaan yang terperinci. Selepas meletakkan rumput tiruan di tempat yang kita mahu, kita oleh biarkan ia tanpa perlu menyapu daun-daunnya. Salah satu perkara terbaik mengenai rumput tiruan ialah kos penyelenggaraannya yang rendah. Cari rumput carpet dengan harga serendah RM1.80/1sqft


Ia membolehkan anda memberi tumpuan lebih kepada aktiviti-aktiviti yang anda suka lakukan dihalaman rumah seperti menghabiskan masa bersama keluarga, barbeku bersama kawan, bermain bersama anak-anak dan haiwan perliharaan.


Kekal Hijau Sepanjang Tahun
Rumput dan tanah akan memasuki ke satu tahap yang tidak aktif ketika musim sejuk. Warna rumput akan berubah menjadi warna coklat dan menyebabkan tidak sedap mata memandang. Sekiranya anda tinggal di kawasan yang tanah gersang, rumput semulajadi tidak sesuai di tanam di kawasan itu kerana cuaca kemarau itu sendiri akan merosakkannya. Rumput tiruan akan tetap menjadi warna hijau sepanjang tahun dan ia kelihatan baik tidak kira musim apa pun.


Ia mesra alam
Oleh kerana produk tidak memerlukan penyelenggaraan dari peralatan yang berkuasa elektrik, rumput tiruan lebih mesra alam daripada rumput semulajadi. Penggunaan penyapu juga mudah dengan hanya menyapu sebahagian tempat yang kotor atau bertanah sahaja.


Sekiranya anda berminat dengan rumput buatan yang paling murah, rumput buatan kitar semula boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda. Jenis rumput buatan ini dikitar semula dan dirangka semula untuk harta kediaman dan berkesan menyimpan bahan buangan daripada tapak pelupusan sampah.


Disamping itu, rumput tiruan tidak memerlukan bahan kimia toksik untuk melindungi kesihatanya. Bahan kimia ini juga berbahaya kepada anak-anak dan haiwan peliharaan anda. Ini kerana mereka bersentuhan secara langsung ketika bermain di padang. Selain itu mereka juga akan mencemari system air larian dan mempunyai kesan negative terhadap gambaran yang lebih besar. Landskap buatan akan menjimatkan wang anda.


 Di samping perbelanjaan penyelenggaraan  bulanan, termasuk memotong, membaja, dan menggembur tanah, rumput semulajadi juga memerlukan air yang banyak. Rumput buatan tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi ia juga dapat membebaskan anda untuk menggunakan belanjawan bulanan anda di tempat lain.


Kos Penggantian Berkesan
Apabila tiba masanya untuk menggantikan rumput tiruan, proses itu lebih murah dan lebih mudah daripada menggantikan landskap dengan biji rumput atau tanah. Jika rumput digantikan masih mempunyai kehidupan di dalamnya, ia boleh dikitar semula untuk kegunaan lain dalam landskap, seperti membuat jalan taman tanpa rumput atau tempat penjalan kaki, membuat produk itu, dan lebih banyak lagi, kos yang berkesan untuk digunakan dan menggantikan apabila diperlukan .



Kesimpulannya
Keuntungan buatan tiruan lebih besar daripada rumput semulajadi, terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang terjejas oleh krisis air yang dahsyat. Sekiranya anda berminat untuk menyimpan wang, memelihara air, dan membuat rumah dengan rayuan jalan pintas yang luar biasa, rumput tiruan mungkin pilihan yang anda cari. Walaupun landskap toleransi kemarau lain memberikan faedah yang sama, terdapat satu perbezaan utama iaitu ruang yang diingini.



Anda tidak mahu bermain di halaman dengan kaktus. Begitu juga, anda mungkin tidak mahu anak-anak anda bermain di halaman yang penuh dengan batu. Rumput buatan menyediakan rupa yang sama indah dan melantun sebagai rumput semulajadi, tanpa perbelanjaan.

                                  



Tuesday, July 23, 2019

5 idea dekorasi terbaik untuk rumah flat


Hi, korang ada idea untuk hias rumah flat? Kalau belum ada idea, boleh lah baca-baca info dekat blog ni untuk dapatkan idea hias rumah anda semua.


Cermin besar penghias dinding

Untuk nampak luas di bahagian ruang tamu tersebut, penggunaan cermin bersaiz besar memainkan peranan sebagai ilusi yang menipu tetamu yang datang berkunjung. Letak cermin di penjuru ruang atau dinding untuk ilusi ruang yang lebih luas & lebar.



Pilih wallpaper horizontal design


Hiasi rumah anda dengan memilih wallpaper yang bercorak menegak untuk ruangan yang lebih luas. Pemilihan wallpaper yang horizontal dan berjalur halus mampu menjadikan ruangan lebih kemas. Untuk impak ruangan tinggi, anda boleh menaikan ketinggian langsir ke syiling untuk impak ruangan yang tinggi.

Warna pastel untuk dinding

Warna sangat memainkan peranan dalam penghiasan di dalam kawasan rumah. Untuk mendapatkan efek ruang yang luas dan besar, anda boleh menggunakan warna-warna yang neutral dan juga lembut sebagai warna asas. Setiap warna akan memberikan impak pada mood seharian. Jika kita tersalah pilih, ia bakal mempengaruhi hari yan bakal kita lalui.

Pilih perabot yang minimalis 

Reka bentuk yang perabot yang mempunyai penampilan yang besar dan berat, akan kelihatan menyempitkan dan memenuhkan ruang. Penggunaan perabot yang minimalis sangat sesuai untuk kediaman jenis kecil & sederhana kerana ia tidak memerlukan barang dan perhiasan yang sarat. Ruangan lebih kemas dan senang untuk dibersihkan & dijaga.


Pencahayaan mengikut ruang


Pencahayaan sangat penting dan sangat perlu untuk kediaman sentiasa mendapatkan pencahayaan yang mencukupi. Anda boleh meletakkan lampu “warm white” di beberapa sudut supaya kediaman tidak kelihatan kelam. Ruangan akan tampil harmoni & tenang dengan pencahayaan ini.