Showing posts with label #tikargetah. Show all posts
Showing posts with label #tikargetah. Show all posts

Monday, November 8, 2021

5 IDEA BAGI RUANGAN HAIWAN PELIHARAAN MALAYSIA

 5 IDEA UNTUK RUANGAN HAIWAN PELIHARAAN ANDA


Sejak kehadiran wabak Covid-19, ramai yang agak tertekan kerana tidak bekerja, tiada punca pendapatan dan tidak dapat bergerak kemana-mana. Tidak dinafikan haiwan peliharaan adalah antara punca pengurangan tekanan perasaan, masalah kebimbangan dan kegusaran yang kita hadapi apabila mula duduk di rumah. 

Namun haiwan peliharaan juga boleh tertekan dan kita sebagai pemeliharan mestilah memberikan kebajikan sebaiknya buat haiwan. Berikut adalah beberapa idea untuk membantu haiwan peliharaan anda kurang stress.


1. Ruang Main Fleksible

Setiap haiwan peliharaan memerlukan ruang yang cukup untuk mereka bergerak dengan bebas. Anda boleh menyediakan satu ruang istimewa untuk haiwan anda bermain dengan mainan mereka dan ada masa untuk mereka bersendirian. Jika anda mempunyai ruang yang terhad, tiada masalah! Anda boleh menambahkan 'tingkat' bagi haiwan peliharaan untuk bergerak. Anda boleh menyusun papan di dinding, yang membolehkan haiwan peliharaan anda lalu dan bergerak. Ini sekaligus tidak membataskan pergerakan haiwan peliharaan anda. Jangan lupa tambahkan faktor keselamatan seperti border, ruang laluan yang besar untuk 'u-turn'.


2. Tambah karpet rumput sebagai lapik

Kini mula tular di kalangan masyarakat yang membela haiwan peliharaan yang menjadikan rumput tiruan sebagai alternatif lapik di tempat tidur haiwan peliharaan. Ini kerana rumput tiruan memerlukan penjagaan yang sedikit, boleh diletakkan diluar rumah, kalis air dan mudah dicuci. Ini sedikit sebanyak memudahkan penjagaan haiwan peliharaan.



3. Perbesarkan tempat tidur

Ruangan tempat tidur haiwan peliharaan mestilah lebih dari saiz haiwan tersebut. Ini dapat memberi dan menjamin keselesaan haiwan untuk bergerak ketika tidur, dan bagi sesetengah haiwan peliharaan, mereka suka berkumpul dan tidur bersama-sama. Jadi ruangan besar sedikit sebanyak memberikan mereka keselesaan ketika 'sleep over' haiwan.


4. Ruangan makanan yang besar

Tidak dinafikan, ruangan makan yang kecil juga mempengaruhi keselesaan haiwan peliharaan anda. Jika haiwan peliharaan anda bawah dari dua,satu tempat makan adalah cukup. Namun jika lebih, setiap haiwan peliharaan berhak mendapatkan sekurang-kurangnya mangkuk makanan sendiri. Bagi tempat minuman pula, sekurang-kurangnya 1 tempat minum untuk maksimum 3 ekor haiwan peliharaan. Ini dapat menjamin keselesaan dan kegembiraan haiwan peliharaan anda.



5. Sediakan keperluan 'istimewa' haiwan

Keperluan istimewa ini bergantung pada haiwan peliharaan anda. Contohnya kucing memerlukan tempat mencakar. Anjing pula memerlukan senaman yang lebih dari binatang lain. Arnab memerlukan tempat atau mainan bagi mengasah gigi. Lain haiwan memerlukan lain keperluan 'istimewa' mereka, jadi pastikan keperluan ini ada dan cukup.


Jadi, sebagai pemilik haiwan peliharaan, di samping mereka memberikan kesenangan dan ketenangan hati kita, janganlah lupa untuk menjaga kebajikan mereka. Mereka pun makhluk yang bernyawa. 




Thursday, December 26, 2019

5 IDEA UNTUK RUANGAN KECIL TAMPIL KREATIF DAN CANTIK


Sering kali rumah yang mempunyai ruangan yang kecil dan sempit, pasti tidak akan memuaskan hati penghuni rumah tersebut. Memiliki rumah yang kecil dan sempit bukanlah satu alasan untuk kita biarkan tidak berhias dan cantik. Anda mampu membuat dekorasi secara ringkas dan sempurna, sesuai dengan ruangan yang kecil. Antara idea yang anda boleh ambil untuk ruangan yang kecil tampil kreatif dan cantik!


1. VINYL DI RUANGAN DAPUR



Ubahsuai lantai dapur anda menggunakan vinyl flooring. Anda boleh cuba konsep "mix & match" untuk ruangan tersebut. Gabungan 2 - 3 corak berbeza untuk impak lebih memukau. Vinyl flooring diperbuat dari 100% fresh PVC, kalis air dan anai-anai untuk lebih tahan lasak. Malah permukaan bertexture untuk cengkaman tapak kaki yang lebih kuat. 

2. TAMPAL VINYL ADHESIVE DAN VINYL TILES ADHESIVE DI DINDING UNTUK IMPAK MODEN DAN MEWAH



Untuk impak ruangan yang lebih moden dan mewah, anda boleh lekapkan vinyl adhesive atau vinyl tile adhesive di dinding dapur atau kabinet dapur atau mana-mana ruangan yang anda minat. Dengan serta merta ruangan anda akan nampak lebih kemas dan menarik


3. RUMPUT TIRUAN SUNTIK ELEMEN HIJAU



Ruangan anda akan tampil lebih nyaman dan mempersonakan dengan mendaparkan rumput tiruan untuk ruangan anda. Dengan bermaterial plastik, ianya selamat dan mudah untuk di selenggarakan dan senang dicuci serta tahan lama. Malah dengan backing yang tebal dan mempunyai lubang untuk air mengalir. Tiada masalah dengan air bertakung atau berbau hapak. Ruangan anda akan lebih mempersona dan sangat wow!


4. VINYL SEBAGAI FEATURE WALL

Mengapa tidak anda pasang vinyl di dinding? Dengan mengguanakan konsep susunan herringbone, anda boleh "mix & match" menggunakan 2-3 vinyl untuk impak lebih dramatik. Keistimewaan jika anda menggunakan vinyl sebagai feature wall adalah lebih tahan lasak dan tahan lama malah anda boleh cabut, dan pasang ke ruangan lain! Di dinding atau lantai, mengikut kemahuan dan style anda. Mudah dipasang, tahan lasak dan harga murah! Pilihan yang tepat untuk anda.



5.TIKAR GETAH MENAIKKAN AURA SERI RUMAH 

Siapa sangka hanya menggunakan tikar getah sahaja ruangan anda akan berubah 360° menjadi lebih glamour dan eksklusif hanya belanja serendah RM99/GULUNG? Tahan lasak, tahan lama dan susah koyak menjadikan tikar getah pilihan terbaik untuk ruangan budget kurang RM100. Malah datang dengan pelbagai warna dan corak untuk pilihan anda.