5 IDEA UNTUK RUANGAN HAIWAN PELIHARAAN ANDA
Sejak kehadiran wabak Covid-19, ramai yang agak tertekan kerana tidak bekerja, tiada punca pendapatan dan tidak dapat bergerak kemana-mana. Tidak dinafikan haiwan peliharaan adalah antara punca pengurangan tekanan perasaan, masalah kebimbangan dan kegusaran yang kita hadapi apabila mula duduk di rumah.
Namun haiwan peliharaan juga boleh tertekan dan kita sebagai pemeliharan mestilah memberikan kebajikan sebaiknya buat haiwan. Berikut adalah beberapa idea untuk membantu haiwan peliharaan anda kurang stress.
1. Ruang Main Fleksible
Setiap haiwan peliharaan memerlukan ruang yang cukup untuk mereka bergerak dengan bebas. Anda boleh menyediakan satu ruang istimewa untuk haiwan anda bermain dengan mainan mereka dan ada masa untuk mereka bersendirian. Jika anda mempunyai ruang yang terhad, tiada masalah! Anda boleh menambahkan 'tingkat' bagi haiwan peliharaan untuk bergerak. Anda boleh menyusun papan di dinding, yang membolehkan haiwan peliharaan anda lalu dan bergerak. Ini sekaligus tidak membataskan pergerakan haiwan peliharaan anda. Jangan lupa tambahkan faktor keselamatan seperti border, ruang laluan yang besar untuk 'u-turn'.
2. Tambah karpet rumput sebagai lapik
Kini mula tular di kalangan masyarakat yang membela haiwan peliharaan yang menjadikan rumput tiruan sebagai alternatif lapik di tempat tidur haiwan peliharaan. Ini kerana rumput tiruan memerlukan penjagaan yang sedikit, boleh diletakkan diluar rumah, kalis air dan mudah dicuci. Ini sedikit sebanyak memudahkan penjagaan haiwan peliharaan.
3. Perbesarkan tempat tidur
Ruangan tempat tidur haiwan peliharaan mestilah lebih dari saiz haiwan tersebut. Ini dapat memberi dan menjamin keselesaan haiwan untuk bergerak ketika tidur, dan bagi sesetengah haiwan peliharaan, mereka suka berkumpul dan tidur bersama-sama. Jadi ruangan besar sedikit sebanyak memberikan mereka keselesaan ketika 'sleep over' haiwan.
4. Ruangan makanan yang besar
Tidak dinafikan, ruangan makan yang kecil juga mempengaruhi keselesaan haiwan peliharaan anda. Jika haiwan peliharaan anda bawah dari dua,satu tempat makan adalah cukup. Namun jika lebih, setiap haiwan peliharaan berhak mendapatkan sekurang-kurangnya mangkuk makanan sendiri. Bagi tempat minuman pula, sekurang-kurangnya 1 tempat minum untuk maksimum 3 ekor haiwan peliharaan. Ini dapat menjamin keselesaan dan kegembiraan haiwan peliharaan anda.
5. Sediakan keperluan 'istimewa' haiwan
Keperluan istimewa ini bergantung pada haiwan peliharaan anda. Contohnya kucing memerlukan tempat mencakar. Anjing pula memerlukan senaman yang lebih dari binatang lain. Arnab memerlukan tempat atau mainan bagi mengasah gigi. Lain haiwan memerlukan lain keperluan 'istimewa' mereka, jadi pastikan keperluan ini ada dan cukup.
Jadi, sebagai pemilik haiwan peliharaan, di samping mereka memberikan kesenangan dan ketenangan hati kita, janganlah lupa untuk menjaga kebajikan mereka. Mereka pun makhluk yang bernyawa.






No comments:
Post a Comment