5 IDEA DEKORASI RUANGAN BERSAMA KELUARGA
1. Skema atau tema warna yang cerah
Pemilihan skema atau tema warna sangatlah penting kerana ia memancarkan mood dari ruang tersebut. Bagi ruangan bersama keluarga, adalah lebih baik jika memilih warna yang cerah kerana ia dapat memberikan mood yang ceria. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesan positif kepada anak-anak, di samping menjadi pengurang stress kepada ibu bapa dan tetamu yang hadir.
2. Less Fragile; Sharp Edges
Less fragile; Sharp edges ni adalah sebagai langkah keselamatan bagi kanak-kanak yang aktif. Malahan, ia juga boleh menjadi keselamatan bagi mereka yang dah dewasa jika berlaku sebarang kegelinciran, tersadung atau terjatuh. Jika anda telah mempunyai perabot atau perabot yang banyak kaca/cermin, adalah lebih mudah untuk membeli penutup bucu yang tebal dan menutup bucu-bucu tajam; ataupun memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memerhatikan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
3. Pemilihan perabot
Jika anda baru mendapatkan rumah impian, atau ingin menukar perabot lama ke yang baharu, adalah disarankan untuk memilih perabot yang bukan sekadar 'cantik di mata'. Ini kerana sebarang perabot yang tiada sebarang fungsi di ruang tamu akan membazirkan ruangan terutamanya jika ruangan itu memang kecil dari awal. Anda perlu tahu juga yang 'hiasan' dan 'perabot' adalah 2 perkara yang berbeza.
4. Susunan Perabot
Susunan perabot ni mestilah dalam keadaan yang betul kerana ia memainkan peranan yang penting dalam aliran pergerakan, disamping mengelakkan kerimasan ketika 'family time'.
5. Perlantaian / hiasan lantai yang mengikut tema
Tidak dinafikan, selain tema warna di dinding, perlantaian dan hiasan lantai adalah sangat penting. Bagi memilih perlantaian yang sesuai, ia mestilah dipilih mengikut tema. Cadangan perlantaian adalah tikar getah, vinyl flooring, SPC flooring, grass carpet dan karpet tiles. Bagi hiasan perlantaian, biasanya anda boleh beli permaidani mengikut saiz ruangan anda, dengan tambahan juga permaidani jenis runner untuk diletakkan berhampiran dinding ataupun di dinding.
Akhir kata, tema warna dan susunan perabot amat penting bagi ruangan seisi keluarga kerana ia mampu memberikan impak yang positif kepada ahli keluarga, atau impak yang negatif. Keselamatan juga adalah faktor yang penting, tidak kiralah untuk kanak-kanan, orang tua atau orang dewasa sekalipun, kerana kemalangan tidak mengira tempat dan umur.
Diharapkan agar kita semua sentiasa peka dan berhati-hati, dan dijauhkan dari perkara yang tidak baik buat kita. Jangan lupa untuk ikut SOP yang ditetapkan kerajaan dan jaga diri. #StaySafe #ReopeningSafely
No comments:
Post a Comment