Tuesday, July 23, 2019

5 idea dekorasi terbaik untuk rumah flat


Hi, korang ada idea untuk hias rumah flat? Kalau belum ada idea, boleh lah baca-baca info dekat blog ni untuk dapatkan idea hias rumah anda semua.


Cermin besar penghias dinding

Untuk nampak luas di bahagian ruang tamu tersebut, penggunaan cermin bersaiz besar memainkan peranan sebagai ilusi yang menipu tetamu yang datang berkunjung. Letak cermin di penjuru ruang atau dinding untuk ilusi ruang yang lebih luas & lebar.



Pilih wallpaper horizontal design


Hiasi rumah anda dengan memilih wallpaper yang bercorak menegak untuk ruangan yang lebih luas. Pemilihan wallpaper yang horizontal dan berjalur halus mampu menjadikan ruangan lebih kemas. Untuk impak ruangan tinggi, anda boleh menaikan ketinggian langsir ke syiling untuk impak ruangan yang tinggi.

Warna pastel untuk dinding

Warna sangat memainkan peranan dalam penghiasan di dalam kawasan rumah. Untuk mendapatkan efek ruang yang luas dan besar, anda boleh menggunakan warna-warna yang neutral dan juga lembut sebagai warna asas. Setiap warna akan memberikan impak pada mood seharian. Jika kita tersalah pilih, ia bakal mempengaruhi hari yan bakal kita lalui.

Pilih perabot yang minimalis 

Reka bentuk yang perabot yang mempunyai penampilan yang besar dan berat, akan kelihatan menyempitkan dan memenuhkan ruang. Penggunaan perabot yang minimalis sangat sesuai untuk kediaman jenis kecil & sederhana kerana ia tidak memerlukan barang dan perhiasan yang sarat. Ruangan lebih kemas dan senang untuk dibersihkan & dijaga.


Pencahayaan mengikut ruang


Pencahayaan sangat penting dan sangat perlu untuk kediaman sentiasa mendapatkan pencahayaan yang mencukupi. Anda boleh meletakkan lampu “warm white” di beberapa sudut supaya kediaman tidak kelihatan kelam. Ruangan akan tampil harmoni & tenang dengan pencahayaan ini.

Wednesday, July 17, 2019

5 idea dekorasi bilik tidur


Anda pasti teringin nak menghias bilik tidur cantik-cantik kan? Tapi niat terhenti disebabkan ketandusan idea untuk menghias bilik tidur? Terasa buntu dan mati kutu? Jangan risau, anda boleh dapatkan idea-idea daripada sini untuk menghias bilik anda supaya menjadi sesuatu yang WOW dan cantik untuk dipandang!


Dekorasi dinding 

Untuk dapatkan dinding yang cantik, tak perlu gunakan barang barang mahal. Ramai daripada kita hanya buat dekorasi wainscoting yang menjimatkan kos. Hanya menggunakan masking tape, roller, berus cat dan juga cat. Anda juga boleh menghias dinding dengan gambar perkahwinan yang besar untuk menjadi titik focus dalam sesebuah bilik. 


Pilihan cadar yang bersesuaian

Hiasi katil anda dengan gaya cadar yang sesuai bermaterial sejuk seperti cotton atau satin. Untuk dapatkan suasana romantik, boleh menggunakan cadar jenis beropol, bercorak & berwarna pastel dan selimut tebal. Anda boleh tambah bantal yang berwarna, bercorak atau bertexture untuk impak lebih moden moden kontemporari.


Bau-bauan dan pencahayaan

Ruangan akan tampil segar & nyaman dengan letakkan penyegar atau haruman. Anda boleh pilih wangian gel, spray atau lilin untuk ruangan anda. Pastikan bilik tidur anda tidak kedap atau terlebih pencahayaan. Pastikan anda memilih warna & material langsir yang bagus untuk bilik tampil eksklusif. Sesekali anda haruslah buka tingkap untuk dapatkan cahaya & udara yang segar dari luar. 


Cermin untuk efek luas 

Untuk dapatkan efek yang luas bagi bilik anda, disarankan untuk memiliki cermin yang bersaiz besar. Cermin bersaiz besar akan memberikan impak luas & lebar untuk ruangan anda. Letak cermin di penjuru atau di dinding ruangan untuk impak lebih luas. 


Meletakkan perabot pada tempatnya

Pilih perabot yang bersesuaian dengan konsep bilik tidur anda. Hendaklah meletakkan perabot pada tempatnya atau ruang yang bersesuaian. Elakkan letak katil betentangan dengan pintu masuk. Pastikan saiz perabot anda bersesuaian dengan saiz ruang bilik and pilihlah almari yang mempunyai ruang stor yang fleksible untuk menyimpan barangan yang ada. Bilik anda akan lebih kemas & tersusun jika anda letakkan barangan dalam almari atau kotak.