Showing posts with label #permaidani. Show all posts
Showing posts with label #permaidani. Show all posts

Tuesday, November 2, 2021

5 IDEA UNTUK RUANGAN LEBIH LUAS

 5 IDEA UNTUK RUANGAN LEBIH LUAS


Apabila mendapat layout ruangan kediaman atau pejabat, perkara pertama yang bermain di minda adalah bagaimana mahu ubahsuai ruangan menjadi lebih luas dan memukau. Berikut adalah 5 tip untuk membuatkan ruangan anda lebih luas dan selesa.


1. Pilih warna vinyl terang untuk ruangan nampak luas



Untuk membangkitkan ruangan yang lebih luas, anda boleh menggunakan memilih vinyl yang berwarna terang untuk mewujudkan ilusi luas untuk ruangan anda. Pemilihan warna yang terang mampu memberi impak ruangan yang lebih besar. Malah, anda lebih mudah untuk "mix & match" untuk perabut dan lain-lain. 


2. Ruangan pejabat tampil lebih luas dengan warna cerah



Untuk pejabat anda boleh mengambil warna karpet pejabat yang berwarna cerah seperti light grey, beige atau white. Ruangan pejabat atau komersial anda pasti akan tampil memukau dan lebih menyerlah. Malah, dengan menggunakan warna tersebut, pasti mudah untuk anda "mix & match" dengan perabot, dinding dan lain-lain.


3. Dapur lebih eksklusif? Anda boleh gunakan vinyl tiles berwarna cerah



Untuk ruangan yang nampak luas persis hotel anda boleh gunakan vinyl tiles bercorak putih untuk ruangan anda. Dengan serta merta ruangan anda akan tampil lebih moden dan mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang


4. Kombinasi karpet tiles untuk ruangan tampil lebih menarik



Memilih karpet tiles untuk ruangan anda adalah satu langkah bijak untuk mendapatkan hasil ruangan yang lebih luas dan kreatif. Anda boleh kombinasi 2 warna atau lebih untuk satu ruangan tetapi hanya menggunakan warna lembut atau terang untuk ilusi luas dan selesa. Anda boleh ubahsuai pejabat, ruangan komersial atau kediaman.


5. Permaidani bercorak minimilis untuk efek ruangan luas



Untuk dekorasi ruangan terutama ruang tamu, anda boleh menggunakan permaidani, mink atau tatami berwarna cerah untuk efek ruangan yang lebih luas dan selesa. Anda juga boleh memilih permaidani bercorak minimalis, supaya ruangan anda lebih luas dan tidak serabut.


Itu sahaja dari kami team Top Five Idea. Harap-harap pembaca dapat menjaga penjarakan sosial dan terus menerus mengikuti Prosedur Operasi Standard atau SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Jaga diri dan #StaySafe !


#ReopeningSafely #LantaiVinil #VinylFlooring #KarpetPejabat #OfficeCarpet #VinilJubin #VinylTiles #KarpetJubin #CarpetTiles #Permaidani #Mink #Rugs #AlAqsaCarpets #AqsaCarpets




Friday, October 23, 2020

5 IDEA UNTUK BILIK SI KECIL

 Ruangan si kecil sememangnya merupakan ruangan yang penting terutama jika melibatkan keluarga yang baru sahaja menerima kelahiran si comel. Biasanya ruangan ini berlanjutan hingga si kecil berusia lebih 7-8 tahun. Ruangan ini memerlukan penjagaan yang rapi untuk memberikan keselesaan dan keselamatan pada si kecil. Antara idea yang boleh anda gunakan untuk ruangan bilik si kecil. 


1. Penggunaan vinyl untuk ruangan si manja


Mengapa tidak anda ubah ruangan si cilik menggunakan lantai vinyl? Penggunaan vinyl merupakan pilihan terbaik kerana vinyl adalah 100% fresh PVC, kalis air dan anai-anai serta tiada menggunakan sebarang bahan kimia yang berbahaya pada kanak-kanak. 


2. Rumput tiruan? Ruangan pasti memukau!


Jika anda mahukan ruangan yang nampak "sporty" untuk ruangan si cilik, anda boleh bentangkan rumput tiruan di sudut-sudut yang tertentu. Tetapi anda harus memilih rumput tiruan yang 100% fresh PVC, mempunyai pore backing untuk pengaliran air. Penggunaan rumput tiruan penting untuk proses pembelajaran dan menajamkan deria mata dan sentuhan si cilik. Terdapat beberapa jenis ketebalan rumput tiruan yang anda boleh gunakan untuk ruangan si manja anda! 


3. Karpet tiles untuk ruangan lebih kreatif




Mahukan ruangan yang tampil berwarna-warni dan kreatif? Anda boleh "mix & match" karpet tiles untuk ruangan si cilik. Penggunaan karpet tiles juga pilihan yang bijak kerana jika berlakukan tumpahan kotoran, anda boleh tarik karpet tersebut dan gantikan dengan karpet baru! Anda boleh pasang hanya secara DIY sahaja. Untuk tidak mahu ia dipasang secara "permenant, anda boleh memasangnya menggunakan double sided tape keluaran daripada Al Aqsa Carpets. Jadi, sekiranya anda ingin menukar ruangan anda kepada sesuatu yang lain, anda hanya perlu tanggalkan tanpa sebarang kesan! 


4. Penggunaan permaidani tebal atau shaggy

                                    

Jika si cilik baru sahaja belajar merangkak atau bertateh anda seharusnya mempunyai permaidani yang tebal seperti mink atau shaggy untuk si cilik bebas bergerak. Hal ini penting supaya di cilik tidak cedera apabila terjatuh atau tergelincir.


5. Tikar getah untuk ruangan tampil menawan


Tidak dinafikan penggunaan tikar getah untuk ruangan si cilik merupakan salah satu langkah yang bijak. Kalis air, tidak melekit dan tahan lasak untuk ruangan si cilik. Anda juga boleh menggunakan tikar getah yang bertexture halus seperti vinyl untuk lebih cengkaman di tapak kaki si cilik. Anda juga tidak perlu risau jika makanan atau minuman tertumpah di atas tikar getah tersebut kerana ia adalah 100% PVC dan tidak akan menyerap hingga ke lantai. 


Ini adalah antara idea yang boleh anda gunakan untuk ruangan si kecil! Semoga kita jumpa lagi di cerita yang lain! 

Monday, November 25, 2019

IDEA IMPAK MENAWAN MENGGUNAKAN PERMAIDANI


Anda mesti suka permaidani dan rugs untuk diletakkan di ruang rumah anda? Di sini, admin ada berikan sedikit idea untuk pemilihan permaidani untuk berikan impak yang lebih kemas dan cantik untuk kediaman anda. Permaidani tidak hanya boleh letakkan di atas lantai sahaja tetapi ianya juga boleh diletakkan di bahagian dinding rumah mahupun dinding pejabat anda untuk lebih menawan.

  • PILIH WARNA DAN CORAK TERANG UNTUK IMPAK LEBIH LUAS 

Jika anda inginkan ruangan tampil luas dan memukau anda boleh pilih permaidani dengan warna terang atau pastel. Warna ini akan membuatkan ilusi luas dan lapang untuk ruangan anda.


  • PERMAIDANI LEMBUT ATAU SHAGGY UNTUK RUANGAN KANAK-KANAK


Jika anda mempunyai anak kecil anda boleh menggunakan permaidani atau shaggy untuk ruangan anda kerana bertexture halus dan tebal sesuai untuk kanak-kanak yang kecik atau baru belajar bertatih atau berjalan.


  • KOMBOKAN PERMAIDANI BERLAINAN CORAK ATAU SAMA UNTUK LEBIH KREATIF


Mengapa tidak kombokan permaidani berlainan corak dan warna untuk ruangan anda? Ruangan tampil lebih cantik dan kreatif untuk ruangan anda. Malah ruangan anda pasti lebih moden


  • PERMAIDANI PELBAGAI SAIZ UNTUK IMPAK RUANGAN MEMUKAU


Mengapa tidak damparkan permaidani berlainan corak, warna dan saiz untuk satu ruangan? Ruangan anda akan tampil fresh dan memukau dengan campuran texture dan warna dalam satu ruang


  • CORAK ABSTRACT UNTUK RUANGAN TAMPIL MODEN


Mahukan ruangan tampil moden? Damparkan permaidani bercorak abstract atau bergaris untuk kesan ruangan lebih mempersonakan. Corak atau gaya ini juga akan membuatkan ruangan lebih kemas dan luas


  • CORAK ARABIC, FLORA DAN  FAUNA UNTUK RUANGAN NAMPAK KLASIK


Untuk anda yang berjiwa klasik, anda boleh memilih permaidaini bercorak arabic, flora dan fauna untuk ruangan anda. Pemilihan permaidani ini sangat sesuai kerana dengan kombinasi ini ruangan anda akan lebih memukau.