Anda mesti suka permaidani dan rugs untuk diletakkan di ruang rumah anda? Di sini, admin ada berikan sedikit idea untuk pemilihan permaidani untuk berikan impak yang lebih kemas dan cantik untuk kediaman anda. Permaidani tidak hanya boleh letakkan di atas lantai sahaja tetapi ianya juga boleh diletakkan di bahagian dinding rumah mahupun dinding pejabat anda untuk lebih menawan.
- PILIH WARNA DAN CORAK TERANG UNTUK IMPAK LEBIH LUAS
Jika anda inginkan ruangan tampil luas dan memukau anda boleh pilih permaidani dengan warna terang atau pastel. Warna ini akan membuatkan ilusi luas dan lapang untuk ruangan anda.
- PERMAIDANI LEMBUT ATAU SHAGGY UNTUK RUANGAN KANAK-KANAK
Jika anda mempunyai anak kecil anda boleh menggunakan permaidani atau shaggy untuk ruangan anda kerana bertexture halus dan tebal sesuai untuk kanak-kanak yang kecik atau baru belajar bertatih atau berjalan.
- KOMBOKAN PERMAIDANI BERLAINAN CORAK ATAU SAMA UNTUK LEBIH KREATIF
Mengapa tidak kombokan permaidani berlainan corak dan warna untuk ruangan anda? Ruangan tampil lebih cantik dan kreatif untuk ruangan anda. Malah ruangan anda pasti lebih moden
- PERMAIDANI PELBAGAI SAIZ UNTUK IMPAK RUANGAN MEMUKAU
Mengapa tidak damparkan permaidani berlainan corak, warna dan saiz untuk satu ruangan? Ruangan anda akan tampil fresh dan memukau dengan campuran texture dan warna dalam satu ruang
- CORAK ABSTRACT UNTUK RUANGAN TAMPIL MODEN
Mahukan ruangan tampil moden? Damparkan permaidani bercorak abstract atau bergaris untuk kesan ruangan lebih mempersonakan. Corak atau gaya ini juga akan membuatkan ruangan lebih kemas dan luas
- CORAK ARABIC, FLORA DAN FAUNA UNTUK RUANGAN NAMPAK KLASIK
Untuk anda yang berjiwa klasik, anda boleh memilih permaidaini bercorak arabic, flora dan fauna untuk ruangan anda. Pemilihan permaidani ini sangat sesuai kerana dengan kombinasi ini ruangan anda akan lebih memukau.


No comments:
Post a Comment