Sunday, November 17, 2019

5 idea dapur nampak lebih kemas dan cantik

Dapur kecil bukan alasan untuk anda tidak jadikan ia menarik! Antara idea dekorasi untuk dapur nampak lebih kemas dan cantik. Banyak idea untuk jadikan dapur jadikan lebih menarik, yang penting kena kreatif!


• VINYL SEBAGAI PENGHIAS LANTAI


Mengunakan vinyl sebagai penghias lantai menjadikan lantai lebih kemas dan tersusun berbanding menggunakan tiles. Malah senang cuci, kalis air dan anai-anai malah permukaan bertexture untuk lebih cengakaman kaki, sesuai untuk kanak-kanak atau warga emas. Anda boleh menggunakan 1 corak atau lebih bergantung kepada kreativiti dan style ruangan anda.

• RUMPUT TIRUAN SUNTIK IMPAK SEGAR



Penggunaan rumput tiruan di lantai boleh menjadikan ruangan dapur lebih harmoni, nyaman dan selesa. Bermaterialkan 100% PVC anda tidak perlu risau tentang kos penjagaan. Kalis air dan senang dicuci rumput tiruan merupakan pilihan bijak untuk impak lebih memukau.

• VINYL TILES ADHESIVE SEBAGAI PELAPIK KABINET



Ruangan anda akan menjadi lebih moden dan mewah dengan menggunakan vinyl tiles adhesive sebagai pelapik dinding atau kabinet dapur. Bermaterialkan 100% PVC, senang dicuci dan dapat mengurangkan kadar merebak api terutama di dapur. Dapur lebih kemas dan cantik untuk ruangan anda.

• ALAS KAKI NON-SLIP



Keadaan dapur yang sentiasa berair menjadikan dapur kawasan yang berbahaya untuk kanak-kanak atau warga emas. Pemilihan alas kaki juga penting untuk ruangan ini. Untuk lebih selamat gunakan non-slip. Pelbagai warna, saiz dan corak untuk dipilih. Ruangan akan lebih kemas dan selamat untuk anda.

• WALLPAPER PELENGKAP GAYA



Wallpaper sesuai digunakan di dapur kerana ruangan tampil lebih kemas dan tersusun. Pelbagai gaya, corak dan warna boleh didapati untuk menyerlahkan lagi ruangan dapur anda. Untuk ruangan tampil besar dan tidak serabut, pilih wallpaper yang bercorak halus atau texture dan bukannya corak yang serabut. Pemilihan ini akan membuatkan dapur anda lebih luas.

No comments:

Post a Comment