Wednesday, December 18, 2019

IDEA MENARIK MENGGUNAKAN RUMPUT TIRUAN

  • GANTI RUMPUT HIDUP DENGAN RUMPUT TIRUAN 

Anda boleh ganti rumput hidup di laman anda dengan rumput tiruan. Pilih ketebalan 20MM dan ke atas kerana kuantiti rumput lebih padat, backing lebih tebal & kuat. Tahan lasak & tahan lama, 0% kos penjagaan & senang dibersihkan. Anda tidak perlu bimbang tentang serangga perosak, rumput yang sentiasa mahu di potong atau cuaca tidak menentu. Damparkan sahaja rumput tiruan di laman anda.



  • HIASAN PELAMIN & HANTARAN
Bagi pemasangan pengantin yang mahu pelamin yang unik & harga jimat boleh gunakan ruamput tiruan sebagai pelapik pelamin atau props di photobooth. Malah rumput tiruan boleh digunakan sebagai pelapik dulang hantaran juga tau! Hantaran akan nampak lebih "fresh" & mempersonakan. Malah anda boleh guna kembali rumput tiruan, boleh damparkan di laman atau balkoni! Jimat bukan?



  • PENGHIAS DINDING

Rumput tiruan bukan sahaja boleh digunakan di lantai malah anda juga boleh gunakan rumput tiruan sebagai penghias dinding kediaman atau pejabat anda. Dinding akan lebih kemas, terurus & cantik. Menggunakan rumput tiruan lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu cat & dinding akan lebih tahan lama. Ayuh hiasi dinding anda dengan rumput tiruan


  • RUMPUT TIRUAN PENGANTI PERMAIDANI

Ramai pelanggan kami menggunakan rumput tiruan sebagai penganti permaidani. Rumput tiruan lebih tahan lasak, tahan lama dan senang dicuci berbanding permaidani. Malah jika anda memilih rumput tiruan 20MM dan ke atas anda akan dapat rumput tiruan lebih tebal & lembut. Selesa, cantik dan murah! Jom bertukar ke rumput tiruan


  • PENGHIASAN KEDAI ATAU KOISK
Rumput tiruan kini menjadi pilihan untuk penganjur event atau perniaga kiosk atau booth sebagai penghias ruangan mereka. Ruangan akan lebih kemas & pengunjung akan lebih selesa & terpesona dengan hiasan ruangan mereka. Malah tidak perlu riasau tentang kos penjagaan kerana rumput tiruan senang di jaga malah boleh digunakan berulang kali. Penjimatan berganda untuk anda.

No comments:

Post a Comment