Sunday, June 19, 2022

5 sebab mengapa anda harus memilih Al Aqsa Carpets sebagai pusat pembelian barangan flooring anda di musim perayaan ini (Hari Raya Haji / Hari Raya Aidiladha)


Tidak sempat melakukan persiapan semasa perayaan sebelum ini? Baru dapat bajet yang mencukupi untuk mengubahsuai ruangan anda? Haa, mari saya berikan 5 sebab kenapa Al Aqsa Carpets adalah pusat sehenti terbaik untuk mengubahsuai barangan pelantaian anda untuk hari raya aidiladha ini!


1. Penjualan pelbagai jenis barangan dengan harga kilang

-Al Aqsa Carpets menjual barangan pelantaian seperti tikar getah, vinyl flooring, spc flooring, rumput tiruan, carpet tiles, karpet office, karpet tiles, karpet masjid, malah karpet-karpet premium dari dinding ke dinding. Al Aqsa Carpets turut menjual karpet turki premium yang datang dengan 4 pilihan - klasik, moden, moden klasik, dan corak scandinavian / nordic. Barangan yang pihak Al Aqsa Carpets bekalkan adalah barangan import yang dibawa masuk dari korea, turki, USA dan beberapa tempat lain. Semuanya ditawarkan pada harga kilang untuk kesemua pelanggan Al Aqsa Carpets. Jimat menjadi lebih jimat untuk Hari Raya Aidiladha ini bagi setiap pelanggan Al Aqsa Carpets.

2. Kepelbagaian pilihan corak, warna dan ketebalan.

-Setiap produk Al Aqsa Carpets mempunyai pelbagai pilihan warna untuk anda padankan dengan tema ruangan anda, sama ada untuk kegunaan ruangan rumah, pejabat mahupun ruangan komersial, lebih-lebih lagi untuk mesim perayaan Hari Raya Aidiladha ini. Tikar getah ada lebih dari 10 corak dan warna, vinyl flooring ada lebih dari 20 pilihan, spc flooring lebih dari 10, carpet tiles lebih dari 15, karpet office ada lebih dari 20, rumput tiruan ada 4 jenis dan lebih dari 5 jenis ketebalan, karpet masjid dan karpet premium yang ada lebih dari 50 pilihan corak dan warna.

3. Keluasan pusat penjualan

- Walaupun nampak seperti tidak penting, keluasan pusat penjualan adalah penting bagi menjamin keselesaan setiap seorang pelanggan, lebih-lebih lagi pelanggan Al Aqsa Carpets. Kelebihan lain bagi gudang penjualan Al Aqsa Carpets adalah Al Aqsa Carpets dapat mempamerkan hampir keseluruhan sample produk pelantaian yang kami ada untuk tatapan pelanggan kami, dan juga parkir kenderaan yang luas.

4. Mudah untuk dicapai

-Lokasi gudang terbesar Al Aqsa Carpets adalah sangat mudah untuk dicapai oleh pelanggan Al Aqsa Carpets yang ingin menghias ruangan mereka sempena hari raya aidiladha ini. Kerana lokasi gudang Al Aqsa Carpets yang strategik, Al Aqsa Carpets mudah untuk dicari dan dicapai oleh pelanggan-pelanggan yang berminat dengan produk Al Aqsa Carpets. Pelanggan boleh waze atau google sahaja nama 'Al Aqsa Carpets' dan anda boleh terus mendapatkan lokasi Al Aqsa Carpets. Gudang Al Aqsa Carpets terletak dengan pelbagai sambungan jalan yang memudahkan pelanggan Al Aqsa Carpets untuk datang, lihat dan rasai sendiri produk keluaran Al Aqsa Carpets.


5. Servis yang ditawarkan

-Apa yang dimaksudkan dengan servis oleh pihak Al Aqsa Carpets? Pertama, Al Aqsa Carpets menawarkan servis pemasangan bagi hampir kesemua produk keluaran Al Aqsa Carpets seperti Vinyl Flooring, SPC Flooring, Office Carpets, Karpet Masjid, Rumput Tiruan dan Karpet Event. Dengan caj pemasangan yang berbaloi, kualiti barangan yang dijamin, pastinya pelanggan Al Aqsa Carpets berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Al Aqsa Carpets. Bagi mereka yang ingin mendapatkan servis pemasangan Al Aqsa Carpets untuk hari raya aidiladha yang mendatang, boleh segera menghubungi kami kerana jadual akan padat pada 2 minggu sebelum perayaan. Selain itu juga, setiap dari kakitangan Al Aqsa Carpets adalah orang-orang yang terlatih dalam memberikan servis penerangan dan cadangan dalam pemilihan dan pembelian produk Al Aqsa Carpets. Kakitangan Al Aqsa Carpets sedia membantu dalam melancarkan urus niaga anda dengan Al Aqsa Carpets.


Jangan lupa dan lepaskan peluang keemasan ini. Anda boleh terus hubungi kami melalui WhatsAppWebsite atau datang terus ke cawangan kami di Al Aqsa Carpets Factory Outlet Store (AQSAFOS) di Desa Latania, Seksyen 36 Shah Alam, Selangor. Kami buka setiap hari (Isnin- Ahad) dari 9 Pagi ke 6 Petang. Jangan lupa follow media sosial kami di ShopeeLazadaFacebook, Instagram, Tiktok, Twitter dan website kami. 

LOKASI:

AL AQSA CARPETS FACTORY OUTLET STORE (AQSAFOS) & AL AQSA PUSAT PENGHABISAN STOK (AQSAPPS): Desa Latania, Seksyen 36, Shah Alam Selangor


permaidani; permaidanimoden; permaidaniklasik; permaidaninordic; kedaikarpet; kedaipermaidani; kedaikarpetshahalam; kedaikarpetselangor; kedaikarpetkualalumpur; kedaikarpetklang; kedaikarpetjohor; karpetlelong; permaidanilelong; promosi; sale; karpetturki; karpetturkimoden; karpetturkiklasik; karpetturkimodenklasik; karpetnordic; karpetscandinavian; karpetikea; kedaikarpetturki; permaidaniturki; permaidaniturkiklasik; permaidaniturkimoden; permaidaniturkimodenklasik; permaidaniturkinordic; permaidaniturkiscandinavian; karpetbulu; karpetshaggy; permaidanishaggy; permaidanibulu; permaidani1.5jutabenang; karpet1.5jutabenang; jutabetang; karpetturki1.5jutabenang; permaidaniturki1.5jutabenang; alaqsacarpets; aqsaonlinestore.com.my; karpetturkiaqsa; permaidaniturkiaqsa; 

Wednesday, November 17, 2021

5 Idea Dekorasi Ruangan Bersama Keluarga

 5 IDEA DEKORASI RUANGAN BERSAMA KELUARGA



Harini kita akan membincangkan tentang idea untuk dekorasi ruangan keluarga. Ruangan untuk aktiviti bersama keluarga yang selalunya berlaku di ruang tamu, adalah ruangan yang penting di mana ahli keluarga meluangkan masa bersama-sama, bercerita hal-hal yang berlaku pada hari tersebut.

1. Skema atau tema warna yang cerah


Pemilihan skema atau tema warna sangatlah penting kerana ia memancarkan mood dari ruang tersebut. Bagi ruangan bersama keluarga, adalah lebih baik jika memilih warna yang cerah kerana ia dapat memberikan mood yang ceria. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesan positif kepada anak-anak, di samping menjadi pengurang stress kepada ibu bapa dan tetamu yang hadir.


2. Less Fragile; Sharp Edges


Less fragile; Sharp edges ni adalah sebagai langkah keselamatan bagi kanak-kanak yang aktif. Malahan, ia juga boleh menjadi keselamatan bagi mereka yang dah dewasa jika berlaku sebarang kegelinciran, tersadung atau terjatuh. Jika anda telah mempunyai perabot atau perabot yang banyak kaca/cermin, adalah lebih mudah untuk membeli penutup bucu yang tebal dan menutup bucu-bucu tajam; ataupun memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memerhatikan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


3. Pemilihan perabot


Jika anda baru mendapatkan rumah impian, atau ingin menukar perabot lama ke yang baharu, adalah disarankan untuk memilih perabot yang bukan sekadar 'cantik di mata'. Ini kerana sebarang perabot yang tiada sebarang fungsi di ruang tamu akan membazirkan ruangan terutamanya jika ruangan itu memang kecil dari awal. Anda perlu tahu juga yang 'hiasan' dan 'perabot' adalah 2 perkara yang berbeza.


4. Susunan Perabot


Susunan perabot ni mestilah dalam keadaan yang betul kerana ia memainkan peranan yang penting dalam aliran pergerakan, disamping mengelakkan kerimasan ketika 'family time'.


5. Perlantaian / hiasan lantai yang mengikut tema


Tidak dinafikan, selain tema warna di dinding, perlantaian dan hiasan lantai adalah sangat penting. Bagi memilih perlantaian yang sesuai, ia mestilah dipilih mengikut tema. Cadangan perlantaian adalah tikar getah, vinyl flooring, SPC flooring, grass carpet dan karpet tiles. Bagi hiasan perlantaian, biasanya anda boleh beli permaidani mengikut saiz ruangan anda, dengan tambahan juga permaidani jenis runner untuk diletakkan berhampiran dinding ataupun di dinding.


Akhir kata, tema warna dan susunan perabot amat penting bagi ruangan seisi keluarga kerana ia mampu memberikan impak yang positif kepada ahli keluarga, atau impak yang negatif. Keselamatan juga adalah faktor yang penting, tidak kiralah untuk kanak-kanan, orang tua atau orang dewasa sekalipun, kerana kemalangan tidak mengira tempat dan umur.

Diharapkan agar kita semua sentiasa peka dan berhati-hati, dan dijauhkan dari perkara yang tidak baik buat kita. Jangan lupa untuk ikut SOP yang ditetapkan kerajaan dan jaga diri. #StaySafe #ReopeningSafely

Monday, November 8, 2021

5 IDEA BAGI RUANGAN HAIWAN PELIHARAAN MALAYSIA

 5 IDEA UNTUK RUANGAN HAIWAN PELIHARAAN ANDA


Sejak kehadiran wabak Covid-19, ramai yang agak tertekan kerana tidak bekerja, tiada punca pendapatan dan tidak dapat bergerak kemana-mana. Tidak dinafikan haiwan peliharaan adalah antara punca pengurangan tekanan perasaan, masalah kebimbangan dan kegusaran yang kita hadapi apabila mula duduk di rumah. 

Namun haiwan peliharaan juga boleh tertekan dan kita sebagai pemeliharan mestilah memberikan kebajikan sebaiknya buat haiwan. Berikut adalah beberapa idea untuk membantu haiwan peliharaan anda kurang stress.


1. Ruang Main Fleksible

Setiap haiwan peliharaan memerlukan ruang yang cukup untuk mereka bergerak dengan bebas. Anda boleh menyediakan satu ruang istimewa untuk haiwan anda bermain dengan mainan mereka dan ada masa untuk mereka bersendirian. Jika anda mempunyai ruang yang terhad, tiada masalah! Anda boleh menambahkan 'tingkat' bagi haiwan peliharaan untuk bergerak. Anda boleh menyusun papan di dinding, yang membolehkan haiwan peliharaan anda lalu dan bergerak. Ini sekaligus tidak membataskan pergerakan haiwan peliharaan anda. Jangan lupa tambahkan faktor keselamatan seperti border, ruang laluan yang besar untuk 'u-turn'.


2. Tambah karpet rumput sebagai lapik

Kini mula tular di kalangan masyarakat yang membela haiwan peliharaan yang menjadikan rumput tiruan sebagai alternatif lapik di tempat tidur haiwan peliharaan. Ini kerana rumput tiruan memerlukan penjagaan yang sedikit, boleh diletakkan diluar rumah, kalis air dan mudah dicuci. Ini sedikit sebanyak memudahkan penjagaan haiwan peliharaan.



3. Perbesarkan tempat tidur

Ruangan tempat tidur haiwan peliharaan mestilah lebih dari saiz haiwan tersebut. Ini dapat memberi dan menjamin keselesaan haiwan untuk bergerak ketika tidur, dan bagi sesetengah haiwan peliharaan, mereka suka berkumpul dan tidur bersama-sama. Jadi ruangan besar sedikit sebanyak memberikan mereka keselesaan ketika 'sleep over' haiwan.


4. Ruangan makanan yang besar

Tidak dinafikan, ruangan makan yang kecil juga mempengaruhi keselesaan haiwan peliharaan anda. Jika haiwan peliharaan anda bawah dari dua,satu tempat makan adalah cukup. Namun jika lebih, setiap haiwan peliharaan berhak mendapatkan sekurang-kurangnya mangkuk makanan sendiri. Bagi tempat minuman pula, sekurang-kurangnya 1 tempat minum untuk maksimum 3 ekor haiwan peliharaan. Ini dapat menjamin keselesaan dan kegembiraan haiwan peliharaan anda.



5. Sediakan keperluan 'istimewa' haiwan

Keperluan istimewa ini bergantung pada haiwan peliharaan anda. Contohnya kucing memerlukan tempat mencakar. Anjing pula memerlukan senaman yang lebih dari binatang lain. Arnab memerlukan tempat atau mainan bagi mengasah gigi. Lain haiwan memerlukan lain keperluan 'istimewa' mereka, jadi pastikan keperluan ini ada dan cukup.


Jadi, sebagai pemilik haiwan peliharaan, di samping mereka memberikan kesenangan dan ketenangan hati kita, janganlah lupa untuk menjaga kebajikan mereka. Mereka pun makhluk yang bernyawa. 




Tuesday, November 2, 2021

5 IDEA UNTUK RUANGAN LEBIH LUAS

 5 IDEA UNTUK RUANGAN LEBIH LUAS


Apabila mendapat layout ruangan kediaman atau pejabat, perkara pertama yang bermain di minda adalah bagaimana mahu ubahsuai ruangan menjadi lebih luas dan memukau. Berikut adalah 5 tip untuk membuatkan ruangan anda lebih luas dan selesa.


1. Pilih warna vinyl terang untuk ruangan nampak luas



Untuk membangkitkan ruangan yang lebih luas, anda boleh menggunakan memilih vinyl yang berwarna terang untuk mewujudkan ilusi luas untuk ruangan anda. Pemilihan warna yang terang mampu memberi impak ruangan yang lebih besar. Malah, anda lebih mudah untuk "mix & match" untuk perabut dan lain-lain. 


2. Ruangan pejabat tampil lebih luas dengan warna cerah



Untuk pejabat anda boleh mengambil warna karpet pejabat yang berwarna cerah seperti light grey, beige atau white. Ruangan pejabat atau komersial anda pasti akan tampil memukau dan lebih menyerlah. Malah, dengan menggunakan warna tersebut, pasti mudah untuk anda "mix & match" dengan perabot, dinding dan lain-lain.


3. Dapur lebih eksklusif? Anda boleh gunakan vinyl tiles berwarna cerah



Untuk ruangan yang nampak luas persis hotel anda boleh gunakan vinyl tiles bercorak putih untuk ruangan anda. Dengan serta merta ruangan anda akan tampil lebih moden dan mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang


4. Kombinasi karpet tiles untuk ruangan tampil lebih menarik



Memilih karpet tiles untuk ruangan anda adalah satu langkah bijak untuk mendapatkan hasil ruangan yang lebih luas dan kreatif. Anda boleh kombinasi 2 warna atau lebih untuk satu ruangan tetapi hanya menggunakan warna lembut atau terang untuk ilusi luas dan selesa. Anda boleh ubahsuai pejabat, ruangan komersial atau kediaman.


5. Permaidani bercorak minimilis untuk efek ruangan luas



Untuk dekorasi ruangan terutama ruang tamu, anda boleh menggunakan permaidani, mink atau tatami berwarna cerah untuk efek ruangan yang lebih luas dan selesa. Anda juga boleh memilih permaidani bercorak minimalis, supaya ruangan anda lebih luas dan tidak serabut.


Itu sahaja dari kami team Top Five Idea. Harap-harap pembaca dapat menjaga penjarakan sosial dan terus menerus mengikuti Prosedur Operasi Standard atau SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Jaga diri dan #StaySafe !


#ReopeningSafely #LantaiVinil #VinylFlooring #KarpetPejabat #OfficeCarpet #VinilJubin #VinylTiles #KarpetJubin #CarpetTiles #Permaidani #Mink #Rugs #AlAqsaCarpets #AqsaCarpets




Friday, October 23, 2020

5 IDEA UNTUK BILIK SI KECIL

 Ruangan si kecil sememangnya merupakan ruangan yang penting terutama jika melibatkan keluarga yang baru sahaja menerima kelahiran si comel. Biasanya ruangan ini berlanjutan hingga si kecil berusia lebih 7-8 tahun. Ruangan ini memerlukan penjagaan yang rapi untuk memberikan keselesaan dan keselamatan pada si kecil. Antara idea yang boleh anda gunakan untuk ruangan bilik si kecil. 


1. Penggunaan vinyl untuk ruangan si manja


Mengapa tidak anda ubah ruangan si cilik menggunakan lantai vinyl? Penggunaan vinyl merupakan pilihan terbaik kerana vinyl adalah 100% fresh PVC, kalis air dan anai-anai serta tiada menggunakan sebarang bahan kimia yang berbahaya pada kanak-kanak. 


2. Rumput tiruan? Ruangan pasti memukau!


Jika anda mahukan ruangan yang nampak "sporty" untuk ruangan si cilik, anda boleh bentangkan rumput tiruan di sudut-sudut yang tertentu. Tetapi anda harus memilih rumput tiruan yang 100% fresh PVC, mempunyai pore backing untuk pengaliran air. Penggunaan rumput tiruan penting untuk proses pembelajaran dan menajamkan deria mata dan sentuhan si cilik. Terdapat beberapa jenis ketebalan rumput tiruan yang anda boleh gunakan untuk ruangan si manja anda! 


3. Karpet tiles untuk ruangan lebih kreatif




Mahukan ruangan yang tampil berwarna-warni dan kreatif? Anda boleh "mix & match" karpet tiles untuk ruangan si cilik. Penggunaan karpet tiles juga pilihan yang bijak kerana jika berlakukan tumpahan kotoran, anda boleh tarik karpet tersebut dan gantikan dengan karpet baru! Anda boleh pasang hanya secara DIY sahaja. Untuk tidak mahu ia dipasang secara "permenant, anda boleh memasangnya menggunakan double sided tape keluaran daripada Al Aqsa Carpets. Jadi, sekiranya anda ingin menukar ruangan anda kepada sesuatu yang lain, anda hanya perlu tanggalkan tanpa sebarang kesan! 


4. Penggunaan permaidani tebal atau shaggy

                                    

Jika si cilik baru sahaja belajar merangkak atau bertateh anda seharusnya mempunyai permaidani yang tebal seperti mink atau shaggy untuk si cilik bebas bergerak. Hal ini penting supaya di cilik tidak cedera apabila terjatuh atau tergelincir.


5. Tikar getah untuk ruangan tampil menawan


Tidak dinafikan penggunaan tikar getah untuk ruangan si cilik merupakan salah satu langkah yang bijak. Kalis air, tidak melekit dan tahan lasak untuk ruangan si cilik. Anda juga boleh menggunakan tikar getah yang bertexture halus seperti vinyl untuk lebih cengkaman di tapak kaki si cilik. Anda juga tidak perlu risau jika makanan atau minuman tertumpah di atas tikar getah tersebut kerana ia adalah 100% PVC dan tidak akan menyerap hingga ke lantai. 


Ini adalah antara idea yang boleh anda gunakan untuk ruangan si kecil! Semoga kita jumpa lagi di cerita yang lain! 

Sunday, January 5, 2020

KESALAHAN DEKORASI RUANG TAMU

Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh individu untuk dekorasi ruang tamu. Anda haruslah sentiasa mencari idea untuk menghias ruang tamu supaya kesalahan-kesalahan seperti ini dapat diatasi. 

  • Pemilihan sofa yang salah 

Sebuah ruang tamu yang sempurna bermula dari pemilihan sofa yang tepat. Keselesaan sofa merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang tamu yang sempurna. Pilih sofa mengikut saiz ruangan supaya tidak terlalu besar atau kecil. Pilih warna dan material yang sesuai dan paling penting pilih sofa yang berkualiti tinggi kerana ia mampu memberi penjimatan untuk masa panjang.

  • Manipulasi Corak 

Kesalahan yang kerap dilakukan ialah pencampuran terlalu banyak corak dan warna yang berbeza. Pemilihan corak yang pelbagai mampu membuat ruangan anda lebih sempit, tidak menenangkan dan serabut. Pilih satu atau dua corak sahaja dan disulami sengan warna-warna yang pastel.

  • Susun Atur berterabur dan tidak kemas

Pastikan memilihan perabot yang tidak terlalu besar dan banyak kerana mampu membuat ruangan tampil lebih sempit, bercelaru dan tidak kemas. Pastikan perabot terutama sofa, kerusi atau almari rapat ke dinding untuk memastikan ruangan tampil lebar dan besar. Malah teknik ini mampu memberi penjimatan masa untuk mengemas.

  • Menggantung hiasan lukisan dinding di kawasan yang salah

Pilih satu lukisan atau corak untuk setiap ruangan. Pastikan lukisan digantung tidak terlalu tiggi atau ke bawah. Letakan lukisan di aras mata. Jika ia diletakkan pada tempat yang salah, ia mampu menyakitkan mata merosakan ruangan anda.

  • Karpet yang tidak bersesuaian


Sebelum memilih karpet, pastikan anda tahu siaz ruangan yang ingin dibentang. Pemilihan corak dan material juga penting untuk menyerlahkan lagi ruangan anda. Anda boleh pilih corak abstrak atau tradisional. Pilih karpet yang ditenun kerana lebih tahan lama dan tahan lasak.

Thursday, December 26, 2019

5 IDEA UNTUK RUANGAN KECIL TAMPIL KREATIF DAN CANTIK


Sering kali rumah yang mempunyai ruangan yang kecil dan sempit, pasti tidak akan memuaskan hati penghuni rumah tersebut. Memiliki rumah yang kecil dan sempit bukanlah satu alasan untuk kita biarkan tidak berhias dan cantik. Anda mampu membuat dekorasi secara ringkas dan sempurna, sesuai dengan ruangan yang kecil. Antara idea yang anda boleh ambil untuk ruangan yang kecil tampil kreatif dan cantik!


1. VINYL DI RUANGAN DAPUR



Ubahsuai lantai dapur anda menggunakan vinyl flooring. Anda boleh cuba konsep "mix & match" untuk ruangan tersebut. Gabungan 2 - 3 corak berbeza untuk impak lebih memukau. Vinyl flooring diperbuat dari 100% fresh PVC, kalis air dan anai-anai untuk lebih tahan lasak. Malah permukaan bertexture untuk cengkaman tapak kaki yang lebih kuat. 

2. TAMPAL VINYL ADHESIVE DAN VINYL TILES ADHESIVE DI DINDING UNTUK IMPAK MODEN DAN MEWAH



Untuk impak ruangan yang lebih moden dan mewah, anda boleh lekapkan vinyl adhesive atau vinyl tile adhesive di dinding dapur atau kabinet dapur atau mana-mana ruangan yang anda minat. Dengan serta merta ruangan anda akan nampak lebih kemas dan menarik


3. RUMPUT TIRUAN SUNTIK ELEMEN HIJAU



Ruangan anda akan tampil lebih nyaman dan mempersonakan dengan mendaparkan rumput tiruan untuk ruangan anda. Dengan bermaterial plastik, ianya selamat dan mudah untuk di selenggarakan dan senang dicuci serta tahan lama. Malah dengan backing yang tebal dan mempunyai lubang untuk air mengalir. Tiada masalah dengan air bertakung atau berbau hapak. Ruangan anda akan lebih mempersona dan sangat wow!


4. VINYL SEBAGAI FEATURE WALL

Mengapa tidak anda pasang vinyl di dinding? Dengan mengguanakan konsep susunan herringbone, anda boleh "mix & match" menggunakan 2-3 vinyl untuk impak lebih dramatik. Keistimewaan jika anda menggunakan vinyl sebagai feature wall adalah lebih tahan lasak dan tahan lama malah anda boleh cabut, dan pasang ke ruangan lain! Di dinding atau lantai, mengikut kemahuan dan style anda. Mudah dipasang, tahan lasak dan harga murah! Pilihan yang tepat untuk anda.



5.TIKAR GETAH MENAIKKAN AURA SERI RUMAH 

Siapa sangka hanya menggunakan tikar getah sahaja ruangan anda akan berubah 360° menjadi lebih glamour dan eksklusif hanya belanja serendah RM99/GULUNG? Tahan lasak, tahan lama dan susah koyak menjadikan tikar getah pilihan terbaik untuk ruangan budget kurang RM100. Malah datang dengan pelbagai warna dan corak untuk pilihan anda.