Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh individu untuk dekorasi ruang tamu. Anda haruslah sentiasa mencari idea untuk menghias ruang tamu supaya kesalahan-kesalahan seperti ini dapat diatasi.
- Pemilihan sofa yang salah
Sebuah ruang tamu yang sempurna bermula dari pemilihan sofa yang tepat. Keselesaan sofa merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang tamu yang sempurna. Pilih sofa mengikut saiz ruangan supaya tidak terlalu besar atau kecil. Pilih warna dan material yang sesuai dan paling penting pilih sofa yang berkualiti tinggi kerana ia mampu memberi penjimatan untuk masa panjang.
- Manipulasi Corak
Kesalahan yang kerap dilakukan ialah pencampuran terlalu banyak corak dan warna yang berbeza. Pemilihan corak yang pelbagai mampu membuat ruangan anda lebih sempit, tidak menenangkan dan serabut. Pilih satu atau dua corak sahaja dan disulami sengan warna-warna yang pastel.
- Susun Atur berterabur dan tidak kemas
Pastikan memilihan perabot yang tidak terlalu besar dan banyak kerana mampu membuat ruangan tampil lebih sempit, bercelaru dan tidak kemas. Pastikan perabot terutama sofa, kerusi atau almari rapat ke dinding untuk memastikan ruangan tampil lebar dan besar. Malah teknik ini mampu memberi penjimatan masa untuk mengemas.
- Menggantung hiasan lukisan dinding di kawasan yang salah
Pilih satu lukisan atau corak untuk setiap ruangan. Pastikan lukisan digantung tidak terlalu tiggi atau ke bawah. Letakan lukisan di aras mata. Jika ia diletakkan pada tempat yang salah, ia mampu menyakitkan mata merosakan ruangan anda.
- Karpet yang tidak bersesuaian
Sebelum memilih karpet, pastikan anda tahu siaz ruangan yang ingin dibentang. Pemilihan corak dan material juga penting untuk menyerlahkan lagi ruangan anda. Anda boleh pilih corak abstrak atau tradisional. Pilih karpet yang ditenun kerana lebih tahan lama dan tahan lasak.
No comments:
Post a Comment