Wednesday, November 17, 2021

5 Idea Dekorasi Ruangan Bersama Keluarga

 5 IDEA DEKORASI RUANGAN BERSAMA KELUARGA



Harini kita akan membincangkan tentang idea untuk dekorasi ruangan keluarga. Ruangan untuk aktiviti bersama keluarga yang selalunya berlaku di ruang tamu, adalah ruangan yang penting di mana ahli keluarga meluangkan masa bersama-sama, bercerita hal-hal yang berlaku pada hari tersebut.

1. Skema atau tema warna yang cerah


Pemilihan skema atau tema warna sangatlah penting kerana ia memancarkan mood dari ruang tersebut. Bagi ruangan bersama keluarga, adalah lebih baik jika memilih warna yang cerah kerana ia dapat memberikan mood yang ceria. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesan positif kepada anak-anak, di samping menjadi pengurang stress kepada ibu bapa dan tetamu yang hadir.


2. Less Fragile; Sharp Edges


Less fragile; Sharp edges ni adalah sebagai langkah keselamatan bagi kanak-kanak yang aktif. Malahan, ia juga boleh menjadi keselamatan bagi mereka yang dah dewasa jika berlaku sebarang kegelinciran, tersadung atau terjatuh. Jika anda telah mempunyai perabot atau perabot yang banyak kaca/cermin, adalah lebih mudah untuk membeli penutup bucu yang tebal dan menutup bucu-bucu tajam; ataupun memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memerhatikan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


3. Pemilihan perabot


Jika anda baru mendapatkan rumah impian, atau ingin menukar perabot lama ke yang baharu, adalah disarankan untuk memilih perabot yang bukan sekadar 'cantik di mata'. Ini kerana sebarang perabot yang tiada sebarang fungsi di ruang tamu akan membazirkan ruangan terutamanya jika ruangan itu memang kecil dari awal. Anda perlu tahu juga yang 'hiasan' dan 'perabot' adalah 2 perkara yang berbeza.


4. Susunan Perabot


Susunan perabot ni mestilah dalam keadaan yang betul kerana ia memainkan peranan yang penting dalam aliran pergerakan, disamping mengelakkan kerimasan ketika 'family time'.


5. Perlantaian / hiasan lantai yang mengikut tema


Tidak dinafikan, selain tema warna di dinding, perlantaian dan hiasan lantai adalah sangat penting. Bagi memilih perlantaian yang sesuai, ia mestilah dipilih mengikut tema. Cadangan perlantaian adalah tikar getah, vinyl flooring, SPC flooring, grass carpet dan karpet tiles. Bagi hiasan perlantaian, biasanya anda boleh beli permaidani mengikut saiz ruangan anda, dengan tambahan juga permaidani jenis runner untuk diletakkan berhampiran dinding ataupun di dinding.


Akhir kata, tema warna dan susunan perabot amat penting bagi ruangan seisi keluarga kerana ia mampu memberikan impak yang positif kepada ahli keluarga, atau impak yang negatif. Keselamatan juga adalah faktor yang penting, tidak kiralah untuk kanak-kanan, orang tua atau orang dewasa sekalipun, kerana kemalangan tidak mengira tempat dan umur.

Diharapkan agar kita semua sentiasa peka dan berhati-hati, dan dijauhkan dari perkara yang tidak baik buat kita. Jangan lupa untuk ikut SOP yang ditetapkan kerajaan dan jaga diri. #StaySafe #ReopeningSafely

Monday, November 8, 2021

5 IDEA BAGI RUANGAN HAIWAN PELIHARAAN MALAYSIA

 5 IDEA UNTUK RUANGAN HAIWAN PELIHARAAN ANDA


Sejak kehadiran wabak Covid-19, ramai yang agak tertekan kerana tidak bekerja, tiada punca pendapatan dan tidak dapat bergerak kemana-mana. Tidak dinafikan haiwan peliharaan adalah antara punca pengurangan tekanan perasaan, masalah kebimbangan dan kegusaran yang kita hadapi apabila mula duduk di rumah. 

Namun haiwan peliharaan juga boleh tertekan dan kita sebagai pemeliharan mestilah memberikan kebajikan sebaiknya buat haiwan. Berikut adalah beberapa idea untuk membantu haiwan peliharaan anda kurang stress.


1. Ruang Main Fleksible

Setiap haiwan peliharaan memerlukan ruang yang cukup untuk mereka bergerak dengan bebas. Anda boleh menyediakan satu ruang istimewa untuk haiwan anda bermain dengan mainan mereka dan ada masa untuk mereka bersendirian. Jika anda mempunyai ruang yang terhad, tiada masalah! Anda boleh menambahkan 'tingkat' bagi haiwan peliharaan untuk bergerak. Anda boleh menyusun papan di dinding, yang membolehkan haiwan peliharaan anda lalu dan bergerak. Ini sekaligus tidak membataskan pergerakan haiwan peliharaan anda. Jangan lupa tambahkan faktor keselamatan seperti border, ruang laluan yang besar untuk 'u-turn'.


2. Tambah karpet rumput sebagai lapik

Kini mula tular di kalangan masyarakat yang membela haiwan peliharaan yang menjadikan rumput tiruan sebagai alternatif lapik di tempat tidur haiwan peliharaan. Ini kerana rumput tiruan memerlukan penjagaan yang sedikit, boleh diletakkan diluar rumah, kalis air dan mudah dicuci. Ini sedikit sebanyak memudahkan penjagaan haiwan peliharaan.



3. Perbesarkan tempat tidur

Ruangan tempat tidur haiwan peliharaan mestilah lebih dari saiz haiwan tersebut. Ini dapat memberi dan menjamin keselesaan haiwan untuk bergerak ketika tidur, dan bagi sesetengah haiwan peliharaan, mereka suka berkumpul dan tidur bersama-sama. Jadi ruangan besar sedikit sebanyak memberikan mereka keselesaan ketika 'sleep over' haiwan.


4. Ruangan makanan yang besar

Tidak dinafikan, ruangan makan yang kecil juga mempengaruhi keselesaan haiwan peliharaan anda. Jika haiwan peliharaan anda bawah dari dua,satu tempat makan adalah cukup. Namun jika lebih, setiap haiwan peliharaan berhak mendapatkan sekurang-kurangnya mangkuk makanan sendiri. Bagi tempat minuman pula, sekurang-kurangnya 1 tempat minum untuk maksimum 3 ekor haiwan peliharaan. Ini dapat menjamin keselesaan dan kegembiraan haiwan peliharaan anda.



5. Sediakan keperluan 'istimewa' haiwan

Keperluan istimewa ini bergantung pada haiwan peliharaan anda. Contohnya kucing memerlukan tempat mencakar. Anjing pula memerlukan senaman yang lebih dari binatang lain. Arnab memerlukan tempat atau mainan bagi mengasah gigi. Lain haiwan memerlukan lain keperluan 'istimewa' mereka, jadi pastikan keperluan ini ada dan cukup.


Jadi, sebagai pemilik haiwan peliharaan, di samping mereka memberikan kesenangan dan ketenangan hati kita, janganlah lupa untuk menjaga kebajikan mereka. Mereka pun makhluk yang bernyawa. 




Tuesday, November 2, 2021

5 IDEA UNTUK RUANGAN LEBIH LUAS

 5 IDEA UNTUK RUANGAN LEBIH LUAS


Apabila mendapat layout ruangan kediaman atau pejabat, perkara pertama yang bermain di minda adalah bagaimana mahu ubahsuai ruangan menjadi lebih luas dan memukau. Berikut adalah 5 tip untuk membuatkan ruangan anda lebih luas dan selesa.


1. Pilih warna vinyl terang untuk ruangan nampak luas



Untuk membangkitkan ruangan yang lebih luas, anda boleh menggunakan memilih vinyl yang berwarna terang untuk mewujudkan ilusi luas untuk ruangan anda. Pemilihan warna yang terang mampu memberi impak ruangan yang lebih besar. Malah, anda lebih mudah untuk "mix & match" untuk perabut dan lain-lain. 


2. Ruangan pejabat tampil lebih luas dengan warna cerah



Untuk pejabat anda boleh mengambil warna karpet pejabat yang berwarna cerah seperti light grey, beige atau white. Ruangan pejabat atau komersial anda pasti akan tampil memukau dan lebih menyerlah. Malah, dengan menggunakan warna tersebut, pasti mudah untuk anda "mix & match" dengan perabot, dinding dan lain-lain.


3. Dapur lebih eksklusif? Anda boleh gunakan vinyl tiles berwarna cerah



Untuk ruangan yang nampak luas persis hotel anda boleh gunakan vinyl tiles bercorak putih untuk ruangan anda. Dengan serta merta ruangan anda akan tampil lebih moden dan mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang


4. Kombinasi karpet tiles untuk ruangan tampil lebih menarik



Memilih karpet tiles untuk ruangan anda adalah satu langkah bijak untuk mendapatkan hasil ruangan yang lebih luas dan kreatif. Anda boleh kombinasi 2 warna atau lebih untuk satu ruangan tetapi hanya menggunakan warna lembut atau terang untuk ilusi luas dan selesa. Anda boleh ubahsuai pejabat, ruangan komersial atau kediaman.


5. Permaidani bercorak minimilis untuk efek ruangan luas



Untuk dekorasi ruangan terutama ruang tamu, anda boleh menggunakan permaidani, mink atau tatami berwarna cerah untuk efek ruangan yang lebih luas dan selesa. Anda juga boleh memilih permaidani bercorak minimalis, supaya ruangan anda lebih luas dan tidak serabut.


Itu sahaja dari kami team Top Five Idea. Harap-harap pembaca dapat menjaga penjarakan sosial dan terus menerus mengikuti Prosedur Operasi Standard atau SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Jaga diri dan #StaySafe !


#ReopeningSafely #LantaiVinil #VinylFlooring #KarpetPejabat #OfficeCarpet #VinilJubin #VinylTiles #KarpetJubin #CarpetTiles #Permaidani #Mink #Rugs #AlAqsaCarpets #AqsaCarpets